Asal Usul Kasturi
Asal usul kasturi
Kasturi terdapat pada satu bahagian pada bawah perut kijang. Bahagian ini terkeluar jelas dalam bentuk tiga atau empat benjolan. Dalam benjolan tersebutlah adanya kasturi. Namun hanya kijang betina sahaja yang memiliki kasturi ini. Dan, hanya kijang betina yang terdapat di Nepal sahaja memiliki keistimewaan ini. Kijang ini mestilah telah memakan 44 jenis bunga yang terpilih untuk menghasilkan kasturi. Walaupun ia memakan 100 jenis bunga sekalipun, jika tiada salah satu 44 bunga tersebut, maka kasturi tidak terhasil.
Bahagian yang terdapat pada perut kijang tersebut akan gugur sendiri jika sampai masanya. Ini menunjukkan kasturi tersebut sudah matang. Namun selalu terjadi kijang ini ditembak oleh pemburu untuk mendapatkan kasturi. Bahagian dalam kasturi ini akan dimasak dengan kaedah tertentu bagi menghasilkan minyak wangi.
Riwayat dalam kitab Alqaa’iq menyatakan sewaktu Nabi Adam as. diturunkan dari syurga, baginda telah diziarahi seekor kijang betina. Lalu Nabi Adam as memberi kijang tersebut secebis daun dari syurga. Dengan izin Allah SWT menjadilah ia wangi.
Diriwayatkan sewaktu Nabi Adam turun ke bumi, baginda turun di benua India, manakala Hawa di Tanah Arab. Lalu mereka bertemu di Arafah. Nepal terletak di benua India iaitu di sebelah utara. Justeru itu tidak hairanlah hanya kijang di Nepal yang memiliki kasturi
Wangian Kasturi
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.'
Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,
"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"
(Hadis Hassan)
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
“ sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”
(H.R.Muslim)
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".
Dari Abu Hurairah R.Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa berpegang dengan dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman rosaknya umatku, baginya adalah ganjaran syahid
(HR Tibroni)
suatu sunnah Rasulullah memakai wangian ketika solat. Solat dengan memakai wangian 70 kali lebih baik berbanding tanpa wangian.
Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
3: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
4: Dua lubang hidung.
5: Dua lubang telinga.
6: Dua kening berdekatan mata.
7: Sekeliling mulut.
8: Dua puting payu dara.
9: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
10: Lubang pusat.”
11:Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Insya'Allah.